Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فتنةُ القبرِ فيِّ، فإذا سُئلتُم عنِّي فلا تَشُكُّوا.
Teks Bahasa Melayu
Fitnah (azab) kubur padaku (soalan tentangku), apabila mereka bertanya tentangku maka janganlah kamu syak (ragu-ragu).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1336, hadis no. 6824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: فتنة القبر في، فإذا سئلتم عني فلا تشكوا. [ك، ((الضعيفة)) (4001)]
(Sangat Lemah) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Fitnah (azab) kubur padaku (soalan tentangku), apabila mereka bertanya tentangku maka janganlah kamu syak (ragu-ragu). [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4001]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman