Apabila meninggalnya seorang wanita, lalu mereka ingin memandikannya, mulakanlah (mandian) daripada perutnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا توفيت المرأة، فأرادوا أن يغسلوها، فليبدأوا ببطنها، فليمسح بطنها مسحاً رقيقاً إن لم تكن حُبلى، فإن كانت حُبلى؛ فلا تحركنها، فإن أردت غسلها فابدئي بسفلتها، فألقي على عورتها ثوباً ستيراً، ثم خذي كرسفاً فاغسليها، فأحسني غسلها، ثم أدخلي يدك من تحت الثوب، فامسحيها بكرسف ثلاث مرات، فأحسني مسحها قبل أن توضئيها، ثم وضئيها بماء فيه سدر، ولتفرغ الماء امرأة وهي قائمة لا تلي شيئاً غيره حتى تنقي بالسدر وأنت تغسلين، وليل غسلها أولى النساء بها، وإلا؛ فامرأة ورعة، فإن كانت صغيرة أو ضعيفة؛ فلتلها امرأة ورعة مسلمةٌ، فإذا فرغت من غسل سفلتها غسلاً نقياً بماء وسدر؛ فلتوضئها وضوء الصلاة؛ فهذا بيان وضوئها، ثم اغسليها بعد ذلك ثلاث مرات بماء وسدر، فابدئي برأسها قبل كل شيءٍ فأنقي غسله من السدر بالماء، ولا تسرحي رأسها بمشط، فإن حدث بها حدث بعد الغسلات الثلاث؛ فاجعليها خمساً، فإن حدث في الخامسة؛ فاجعليها سبعاً، وكل ذلك فليكن وتراً بماء وسدر، فإن كان في الخامسة أو الثالثة؛ فاجعلي فيه شيئاً من كافور وشيئاً من سدر، ثم اجعلي ذلك في جر جديد، ثم أقعديها فأفرغي عليها وابدئي برأسها حتى تبلغي رجليها، فإذا فرغت منها؛ فألقي عليها ثوباً نظيفاً، ثم أدخلي يدك من وراء الثوب فانزعيه عنها، ثم احشي سفلتها كرسفاً واحشي كرسفها من طيبها، ثم خذي سبيةً طويلةً مغسولةً فاربطيها على عجزها كما تربط على النطاق، ثم اعقديها بين فخذيها وضمي فخذيها، ثم ألقي طرف السبية عن عجزها إلى قريب من ركبتيها، فهذا شأن سفلتها، ثم طيبيها وكفنيها واطوي شعرها ثلاثة أقرن: قصةً وقرنين، ولا تشبهيها بالرجال، وليكن كفنها في خمسة أثواب: أحدها الإزار تلفي به فخذيها، ولا تنقضي من شعرها شيئاً بنورةٍ ولا غيرها، وما يسقط من شعرها؛ فاغسليه، ثم اغرزيه في شعر رأسها، وطيبي شعر رأسها، فأحسني تطييبه ولا تغسليها بماء مسخن واخمريها وما تكفنيها به بسبع نبذات إن شئت، واجعلي كل شيءٍ منها وتراً، وإن بدا لكِ أن تخمديها في نعشها فاجعليه وتراً. هذا شأن كفنها ورأسها، وإن كانت محدورةً أو مخصوفةً أو أشباه ذلك، فخذي خرقةً واحدةً واغمسيها في الماء واجعلي تتبعي كل شيءٍ منها، ولا تحركيها؛ فإني أخشى أن يتنفس منها شيءٌ لا يستطاع ردُهُ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila meninggalnya seorang wanita, lalu mereka ingin memandikannya, mulakanlah (mandian) daripada perutnya, sapulah perutnya dengan sapuan yang lembut sekiranya dia tidak hamil. Adapun sekiranya dia hamil maka jangan gerakkannya. Jika kamu ingin memandikannya mulakan daripada bawahnya dan tutuplah auratnya dengan kain penutup, kemudian ambillah kapas dan basuhlah ia serta perelokkan basuhannya. Kemudian masukkan tanganmu di bawah kain dan sapulah dengan kapas sebanyak tiga kali serta perelokkan sapuan itu sebelum mewudhukannya. Setelah itu, wudukkan dia dengan air yang dicampur bidara yang disediakan oleh wanita dalam keadaan berdiri dengan tidak bercampur dengan sesuatu sehingga dia dibersihkan dengan bidara sambil kamu membasuhnya. Hendaklah memandikannya wanita yang paling utama (dengan mayat- paling dekat hubungan kekeluargaan) dan jika tidak ada hendaklah wanita yang wara’. Jika dia kecil atau lemah (tua) hendaklah wanita muslimah yang wara’ menguruskannya. Apabila selesai membasuh yang bawah dengan basuhan yang suci dengan air dan bidara, maka wudukkanlah dia dengan wuduk solat dan demikian adalah penjelasan tentang cara wuduknya. Kemudian basuhlah selepas itu sebanyak tiga kali dengan air dan bidara, mulakanlah daripada kepalanya sebelum yang lain. Kemudian bilaslah basuhan air dengan campuran bidara tadi dengan air bersih. Janganlah menyikat rambutnya dengan sikat, sekiranya masih ada kotoran selepas itu maka jadikanlah ia lima basuhan. Sekiranya masih ada lagi kotoran dengan lima basuhan maka jadikanlah ia tujuh basuhan. Semua itu perlu dilakukan dengan angka ganjil dengan air dan bidara. Pada basuhan kelima atau basuhan tiga, jadikanlah padanya sedikit daripada kapur barus dan sedikit daripada bidara. Jadikanlah campuran itu pada bekas air yang baru, dan dudukkan mayat dan siramlah ke atasnya dan mulakanlah dengan kepalanya sehingga sampai ke kedua kakinya. Apabila selesai daripadanya, letakkan di atasnya pakaian yang bersih kemudian masukkan tanganmu di bawah kain dan cabutlah ia daripadanya. Setelah itu, letakkan di bawahnya kapas. Letakkan wangiannya pada kapas itu. Lalu ambillah tali kain yang panjang dan dibasuh serta ikatlah belakangnya sepertimana diikat di pinggangnya. Kemudian ikatlah di antara pehanya dan rapatkan pehanya. Kemudian pertemukan hujung tali kain itu daripada belakangnya sehingga hampir dengan dua lututnya. Ini adalah cara (ikatan) bagi bahagian bawah badan. Kemudian letakkan wangian padanya dan kafankannya serta jadikan rambutnya tiga bahagian. satu tocang belakang dan dua tocang kiri dan kanan, tetapi jangan menyamakannya dengan lelaki. Jadikan kafan lima helai yang satu helainya bagi menutup pehanya. Jangan diletakkan pada rambutnya dengan nawrah (sejenis bahan menggugurkan rambut) dan selain daripadanya. Apa yang gugur daripada rambutnya, basuhlah ia dan letakkannya di rambutnya. Wangikannya dengan wangian dan janganlah membasuhnya dengan air yang panas dan tutuplah ia dan apa yang kamu kafankan dengan tujuh bahagian sekiranya kamu mahu jadikanlah setiap daripada itu ganjil, sekiranya kamu mula untuk menjadikan pada usungannya maka jadikanlah ia ganjil. Ini adalah cara mengkafankannya pada bahagian kepalanya. Adapun sekiranya mengalir atau keluar (kotoran) atau seumpamanya, maka ambillah satu kain kecil dan letakkan di dalam air dan cucilah setiap yang keluar itu dan jangan menggerakkannya. Ini kerana aku bimbang jika pergerakan mayat itu akan menyebabkan keluarnya sesuatu darinya yang tidak mampu dikembalikan lagi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1755-1756, hadis nombor 8841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سليم أم أنس -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا توفيت المرأة، فأرادوا أن يغسلوها، فليبدأوا ببطنها، فليمسح بطنها مسحاً رقيقاً إن لم تكن حُبلى، فإن كانت حُبلى؛ فلا تحركنها، فإن أردت غسلها فابدئي بسفلتها، فألقي على عورتها ثوباً ستيراً، ثم خذي كرسفاً فاغسليها، فأحسني غسلها، ثم أدخلي يدك من تحت الثوب، فامسحيها بكرسف ثلاث مرات، فأحسني مسحها قبل أن توضئيها، ثم وضئيها بماء فيه سدر، ولتفرغ الماء امرأة وهي قائمة لا تلي شيئاً غيره حتى تنقي بالسدر وأنت تغسلين، وليل غسلها أولى النساء بها، وإلا؛ فامرأة ورعة، فإن كانت صغيرة أو ضعيفة؛ فلتلها امرأة ورعة مسلمةٌ، فإذا فرغت من غسل سفلتها غسلاً نقياً بماء وسدر؛ فلتوضئها وضوء الصلاة؛ فهذا بيان وضوئها، ثم اغسليها بعد ذلك ثلاث مرات بماء وسدر، فابدئي برأسها قبل كل شيءٍ فأنقي غسله من السدر بالماء، ولا تسرحي رأسها بمشط، فإن حدث بها حدث بعد الغسلات الثلاث؛ فاجعليها خمساً، فإن حدث في الخامسة؛ فاجعليها سبعاً، وكل ذلك فليكن وتراً بماء وسدر، فإن كان في الخامسة أو الثالثة؛ فاجعلي فيه شيئاً من كافور وشيئاً من سدر، ثم اجعلي ذلك في جر جديد، ثم أقعديها فأفرغي عليها وابدئي برأسها حتى تبلغي رجليها، فإذا فرغت منها؛ فألقي عليها ثوباً نظيفاً، ثم أدخلي يدك من وراء الثوب فانزعيه عنها، ثم احشي سفلتها كرسفاً واحشي كرسفها من طيبها، ثم خذي سبيةً طويلةً مغسولةً فاربطيها على عجزها كما تربط على النطاق، ثم اعقديها بين فخذيها وضمي فخذيها، ثم ألقي طرف السبية عن عجزها إلى قريب من ركبتيها، فهذا شأن سفلتها، ثم طيبيها وكفنيها واطوي شعرها ثلاثة أقرن: قصةً وقرنين، ولا تشبهيها بالرجال، وليكن كفنها في خمسة أثواب: أحدها الإزار تلفي به فخذيها، ولا تنقضي من شعرها شيئاً بنورةٍ ولا غيرها، وما يسقط من شعرها؛ فاغسليه، ثم اغرزيه في شعر رأسها، وطيبي شعر رأسها، فأحسني تطييبه ولا تغسليها بماء مسخن واخمريها وما تكفنيها به بسبع نبذات إن شئت، واجعلي كل شيءٍ منها وتراً، وإن بدا لكِ أن تخمديها في نعشها فاجعليه وتراً. هذا شأن كفنها ورأسها، وإن كانت محدورةً أو مخصوفةً أو أشباه ذلك، فخذي خرقةً واحدةً واغمسيها في الماء واجعلي تتبعي كل شيءٍ منها، ولا تحركيها؛ فإني أخشى أن يتنفس منها شيءٌ لا يستطاع ردُهُ.)) [طب، ((الضعيفة)) (5957)].

(Munkar)
Daripada Ummu Sulaim, ibu Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila meninggalnya seorang wanita, lalu mereka ingin memandikannya, mulakanlah (mandian) daripada perutnya, sapulah perutnya dengan sapuan yang lembut sekiranya dia tidak hamil. Adapun sekiranya dia hamil maka jangan gerakkannya. Jika kamu ingin memandikannya mulakan daripada bawahnya dan tutuplah auratnya dengan kain penutup, kemudian ambillah kapas dan basuhlah ia serta perelokkan basuhannya. Kemudian masukkan tanganmu di bawah kain dan sapulah dengan kapas sebanyak tiga kali serta perelokkan sapuan itu sebelum mewudhukannya. Setelah itu, wudukkan dia dengan air yang dicampur bidara yang disediakan oleh wanita dalam keadaan berdiri dengan tidak bercampur dengan sesuatu sehingga dia dibersihkan dengan bidara sambil kamu membasuhnya. Hendaklah memandikannya wanita yang paling utama (dengan mayat- paling dekat hubungan kekeluargaan) dan jika tidak ada hendaklah wanita yang wara’. Jika dia kecil atau lemah (tua) hendaklah wanita muslimah yang wara’ menguruskannya. Apabila selesai membasuh yang bawah dengan basuhan yang suci dengan air dan bidara, maka wudukkanlah dia dengan wuduk solat dan demikian adalah penjelasan tentang cara wuduknya. Kemudian basuhlah selepas itu sebanyak tiga kali dengan air dan bidara, mulakanlah daripada kepalanya sebelum yang lain. Kemudian bilaslah basuhan air dengan campuran bidara tadi dengan air bersih. Janganlah menyikat rambutnya dengan sikat, sekiranya masih ada kotoran selepas itu maka jadikanlah ia lima basuhan. Sekiranya masih ada lagi kotoran dengan lima basuhan maka jadikanlah ia tujuh basuhan. Semua itu perlu dilakukan dengan angka ganjil dengan air dan bidara. Pada basuhan kelima atau basuhan tiga, jadikanlah padanya sedikit daripada kapur barus dan sedikit daripada bidara. Jadikanlah campuran itu pada bekas air yang baru, dan dudukkan mayat dan siramlah ke atasnya dan mulakanlah dengan kepalanya sehingga sampai ke kedua kakinya. Apabila selesai daripadanya, letakkan di atasnya pakaian yang bersih kemudian masukkan tanganmu di bawah kain dan cabutlah ia daripadanya. Setelah itu, letakkan di bawahnya kapas. Letakkan wangiannya pada kapas itu. Lalu ambillah tali kain yang panjang dan dibasuh serta ikatlah belakangnya sepertimana diikat di pinggangnya. Kemudian ikatlah di antara pehanya dan rapatkan pehanya. Kemudian pertemukan hujung tali kain itu daripada belakangnya sehingga hampir dengan dua lututnya. Ini adalah cara (ikatan) bagi bahagian bawah badan. Kemudian letakkan wangian padanya dan kafankannya serta jadikan rambutnya tiga bahagian. satu tocang belakang dan dua tocang kiri dan kanan, tetapi jangan menyamakannya dengan lelaki. Jadikan kafan lima helai yang satu helainya bagi menutup pehanya. Jangan diletakkan pada rambutnya dengan nawrah (sejenis bahan menggugurkan rambut) dan selain daripadanya. Apa yang gugur daripada rambutnya, basuhlah ia dan letakkannya di rambutnya. Wangikannya dengan wangian dan janganlah membasuhnya dengan air yang panas dan tutuplah ia dan apa yang kamu kafankan dengan tujuh bahagian sekiranya kamu mahu jadikanlah setiap daripada itu ganjil, sekiranya kamu mula untuk menjadikan pada usungannya maka jadikanlah ia ganjil. Ini adalah cara mengkafankannya pada bahagian kepalanya. Adapun sekiranya mengalir atau keluar (kotoran) atau seumpamanya, maka ambillah satu kain kecil dan letakkan di dalam air dan cucilah setiap yang keluar itu dan jangan menggerakkannya. Ini kerana aku bimbang jika pergerakan mayat itu akan menyebabkan keluarnya sesuatu darinya yang tidak mampu dikembalikan lagi.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5957].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs