Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْأَوْدِيِّ، قَالَ: شَهِدْتُ أَبَا أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَهُوَ فِي النَّزْعِ، قَالَ: إِذَا أَنَا مُتُّ فَاصْنَعُوا بِي كَمَا أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصْنَعَ بِمَوْتَانَا، أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا مَاتَ أَحَدٌ مِنْ إِخْوَانِكُمْ فَسَوَّيْتُمُ التُّرَابَ عَلَى قَبْرِهِ فَلْيَقُمْ أَحَدُكُمْ عَلَى رَأْسِ قَبْرِهِ، ثُمَّ لِيَقُلْ: يَا فُلَانُ ابْنَ فُلَانَةَ، فَإِنَّهُ يَسْمَعُهُ وَلَا يُجِيبُ، ثُمَّ يَقُولُ يَا فُلَانُ ابْنَ فُلَانَةَ، فَإِنَّهُ يَسْتَوِي قَاعِدًا، ثُمَّ يَقُولُ: يَا فُلَانُ ابْنَ فُلَانَةَ، فَإِنَّهُ يَقُولُ: أَرْشِدْ رَحِمَكَ اللَّهُ وَلَكِنْ لَا تَشْعُرُونَ، فَلْيَقُلِ: اذْكُرْ مَا خَرَجْتَ عَلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَأَنَّكَ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، وَبِالْقُرْآنِ إِمَامًا، فَإِنَّ مُنْكَرًا وَنَكِيرًا يَأْخُذُ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا بِيَدِ صَاحِبِهِ وَيَقُولُ: انْطَلِقْ مَا نَقْعُدُ عِنْدَ مَنْ قَدْ لُقِّنَ حُجَّتَهُ، فَيَكُونُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ حَجِيجَهُ دُونَهُمَا، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ يَعْرِفْ أُمَّهُ قَالَ: يَنْسُبُهُ إِلَى حَوَّاءَ عَلَيْهَا السَّلَامُ، يَا فُلَانُ ابْنَ حَوَّاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Daripada Sa‘īd bin ‘Abd Allah al-Audī telah berkata: Aku menyaksikan Abū Umāmah r.a semasa dia dalam keadaan tenat, katanya: Apabila aku meninggal nanti, maka lakukanlah kepadaku sebagaimana yang diarahkan oleh Rasulullah ﷺ agar dilakukan kepada jenazah. Rasulullah ﷺ mengarahkan kita dengan sabda Baginda: Apabila meninggal salah seorang daripada saudara kamu, maka ratakanlah tanah ke atas kuburnya dan berdirilah salah seorang daripada kamu pada bahagian kepala kuburnya, kemudian katakanlah: Wahai fulan anak fulanah. Sesungguhnya dia mendengarnya tetapi dia tidak dapat menjawab. Kemudian katakanlah: Wahai fulan anak fulanah. Maka dia mula duduk tegak. Kemudian katakanlah: Wahai fulan anak fulanah. Maka dia berkata: Bimbinglah kami semoga Allah merahmati kamu tetapi kamu semua tidak dapat mendengarnya. Maka katakanlah: Ingatlah apa yang kamu bawa keluar bersama daripada dunia ini iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muḥammad itu hamba dan utusanNya. Sesungguhnya kamu telah meredai Allah sebagai Tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muḥammad sebagai Nabimu dan al-Quran sebagai petunjukmu. Sesungguhnya Munkar dan Nakīr akan mengambil salah satu tangan daripada keduanya dan berkata: Ayuhlah pergi, apa yang kita boleh lakukan lagi terhadap orang yang telah ditalqinkan hujahnya, jadilah Allah hujah baginya terhadap kedua malaikat itu. Kemudian berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah s.a.w, bagaimana sekiranya tidak diketahui ibunya? Baginda bersabda: Nasabkan dia kepada Ḥawwā’, wahai fulan anak Ḥawwā’.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai (Penyelia Dr. Faisal Ahmad Shah)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 68, hadis no. 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Ṭabrānī meriwayatkan dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Du‘ā’ daripada Abū ‘Aqīl Anas bin Salm al-Khaulānī daripada Muḥammad bin Ibrāhim bin al-‘Alā’ al-Ḥimṣī daripada Ismā‘īl bin ‘Ayāsh daripada ‘Abd Allah bin Muḥammad al-Qurashī. Muḥammad bin ‘Aūf berpandangan Muḥammad Ibrāhim bin al-‘Alā’ al-Ḥimṣī adalah pembawa hadith munkar. Beliau berkata: Aku melihat lampiran kitabnya diliputi hadith munkar, maka aku ingkarinya dan katakan kepadanya kemudian meninggalkannya. Hadith ini daif dengan adanya Muḥammad Ibrāhim bin al-‘Alā’ al-Ḥimṣī yang munkar.
Rujukan
Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.
Makluman