Apabila mencipta akal Allah berkata: Datanglah, lalu akal datang

TEKS BAHASA ARAB

إن الله لما خلق العقل قال له: أقبل فأقبل، ثم قال له أدبر فأدبر، فقال : وعزتي وجلالي : ما خلقت خلقا أشرف منك، فبك آخذ، وبك أعطي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah apabila mencipta akal Allah berkata: Datanglah, lalu akal datang. Kemudian dikatakan kepadanya: Berpalinglah, maka akal pun berpaling. Lalu Allah berkata: Dengan keagungan dan kemuliaanku, aku tidak menciptakan makhluk yang lebih mulia daripadamu. Denganmu aku memberi dan denganmu aku mengambil sesuatu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 62-63, hadis nombor 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قالوا: إنه كذب موضوع اتفاقا، كذا في ((المقاصد)).

Ia disepakati palsu, seperti dalam Kitab al-Maqasid.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs