Apabila mati seseorang, malaikat berkata: Apa yang dia telah lakukan? Manusia akan berkata: Apa yang dia tinggalkan

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات الميت تقول الملائكة: ما قدم؟ وتقول الناس: ما خلف؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila mati seseorang, malaikat berkata: Apa amalan yang dia bawa (sebagai bekal)? Manusia akan berkata: Apa yang dia tinggalkan (sebagai warisan)?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis nombor 8700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا مات الميت تقول الملائكة: ما قدم؟ وتقول الناس: ما خلف؟)) [هب، فر، ((الضعيفة)) (2707)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Apabila mati seseorang, malaikat berkata: Apa amalan yang dia bawa (sebagai bekal)? Manusia akan berkata: Apa yang dia tinggalkan (sebagai warisan)?))
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2707].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs