Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مات الميِّتُ تقول الملائكةُ: ما قَدَّمَ؟ وتقول الناسُ: ما خَلَّفَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila mati seseorang, malaikat berkata: Apa amalan yang dia bawa (sebagai bekal)? Manusia akan berkata: Apa yang dia tinggalkan (sebagai warisan)?
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis no. 8700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا مات الميت تقول الملائكة: ما قدم؟ وتقول الناس: ما خلف؟)) [هب، فر، ((الضعيفة)) (2707)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Apabila mati seseorang, malaikat berkata: Apa amalan yang dia bawa (sebagai bekal)? Manusia akan berkata: Apa yang dia tinggalkan (sebagai warisan)?)) [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2707].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman