Apabila mati seseorang itu, para malaikat akan berkata

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات الميت تقول الملائكة: ما قدم؟ وتقول الناس: ما خلف؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila mati seseorang itu, para malaikat akan berkata: Apakah yang dia telah dahulukan? Sedangkan manusia pula berkata: Apakah yang dia telah tinggalkan?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2005, hadis nombor 10058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: إذا ‌مات ‌الميت تقول الملائكة: ما قدم؟ وتقول الناس: ما خلف؟
[هب، فر، ((الضعيفة)) (2707)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Apabila mati seseorang itu, para malaikat akan berkata: Apakah yang dia telah dahulukan? Sedangkan manusia pula berkata: Apakah yang dia telah tinggalkan?
[Riwayat al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman dan kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2707]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs