Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مات الميِّتُ تقول الملائكةُ: ما قَدَّمَ؟ وتقول الناسُ: ما خَلَّفَ؟
Teks Bahasa Melayu
Apabila mati seseorang itu, para malaikat akan berkata: Apakah yang dia telah dahulukan? Sedangkan manusia pula berkata: Apakah yang dia telah tinggalkan?
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2005, hadis no. 10058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: إذا مات الميت تقول الملائكة: ما قدم؟ وتقول الناس: ما خلف؟ [هب، فر، ((الضعيفة)) (2707)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Apabila mati seseorang itu, para malaikat akan berkata: Apakah yang dia telah dahulukan? Sedangkan manusia pula berkata: Apakah yang dia telah tinggalkan? [Riwayat al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman dan kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2707]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman