Apabila mati seorang hamba, Allah mengetahui padanya keburukan namun manusia mengatakan padanya kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

إذا مات العبد، والله يعلم منه شرا، ويقول الناس فيه خيرا، قال الله عز وجل لملائكته: يا ملائكتي! قد قبلت شهادة عبادي على عبدي، وغفرت له علمي فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila mati seorang hamba, Allah mengetahui padanya keburukan namun manusia mengatakan padanya kebaikan. Allah berkata kepada malaikat-Nya: Wahai malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku ke atas hamba-Ku (si jenazah) dan Aku ampunkan baginya apa yang aku tahu tentangnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1761, hadis nombor 8870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عامر بن ربيعة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا مات العبد، والله يعلم منه شرا، ويقول الناس فيه خيرا، قال الله عز وجل لملائكته: يا ملائكتي! قد قبلت شهادة عبادي على عبدي، وغفرت له علمي فيه.)) [البزار، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (6448)].

(Palsu)
Daripada Amir bin Rabi’ah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila mati seorang hamba, Allah mengetahui padanya keburukan namun manusia mengatakan padanya kebaikan. Allah berkata kepada malaikat-Nya: Wahai malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku ke atas hamba-Ku (si jenazah) dan Aku ampunkan baginya apa yang aku tahu tentangnya.))
[Riwayat al-Bazzar, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6448].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs