Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا مَاتَ الْعَبْدُ، وَاللَّهُ يَعْلَمُ مِنْهُ شَرّاً، وَيَقُولُ النَّاسُ فيه خَيْراً، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلَائِكَتِهِ: يا ملائكتي! قَدْ قَبِلْتُ شَهَادَةَ عِبَادِي عَلَى عَبْدِي، وَغَفَرْتُ لَهُ عِلْمِي فِيهِ
Teks Bahasa Melayu
Apabila mati seorang hamba, Allah mengetahui padanya keburukan namun manusia mengatakan padanya kebaikan. Allah berkata kepada malaikat-Nya: Wahai malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku ke atas hamba-Ku (si jenazah) dan Aku ampunkan baginya apa yang aku tahu tentangnya.
Sahabat Perawi
- Amir bin Rabi'ah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1761, hadis no. 8870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Amir bin Rabi'ah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila mati seorang hamba, Allah mengetahui padanya keburukan namun manusia mengatakan padanya kebaikan. Allah berkata kepada malaikat-Nya: Wahai malaikat-Ku! Aku telah menerima penyaksian hamba-hamba-Ku ke atas hamba-Ku (si jenazah) dan Aku ampunkan baginya apa yang aku tahu tentangnya.)) [Riwayat al-Bazzar, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6448].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman