Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ماتَ الرجلُ منكم فدفَنتُموه فليقم أحدُكم عندَ رأسِهِ ، فليقُلْ : يا فلانَ ابنَ فلانةٍ ! فإنَّه سيسمعُ ، فليقل : يا فلانَ ابنَ فلانةٍ ، فإنَّه سيستَوي قاعدًا ، فليَقلْ : يا فلانَ ابنَ فلانةٍ فإنَّه سَيقولُ : أرشِدني أرشِدني رحمَك اللهُ ، فليقُلْ : اذكر ما خرجتَ علَيهِ من دار الدُّنيا شهادة أن لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ وأنَّ محمدًا عبدُهُ ورسولُهُ ، وأنَّ الساعةَ آتيةٌ لا ريبَ فيها ، وأنَّ اللهَ يبعثُ مَن في القبورِ ، فإنَّ منكرًا ونَكيرًا يأخذُ كلُّ واحدٍ منهما بيدِ صاحبِهِ ويقولُ لهُ : ما نصنعُ عندَ رجلٍ قد لُقِّنَ حُجتَهُ ، فيكونُ اللهُ حَجيجَهَما دونَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila mati salah seorang daripada kamu maka kebumikanlah ia, lalu berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepalanya dan berkata: Wahai fulan atau fulanah! Kerana dia akan mendengar. Katakanlah lagi: Wahai Fulan atau Fulanah! Dan sesungguhnya dia akan duduk. Katakanlah: Wahai Fulan dan Fulanah! Maka dia akan berkata: Berilah aku petunjuk, berilah aku petunjuk semoga Allah merahmatimu. Lalu katakanlah: Sebutlah apa yang telah kau bawa keluar daripada dunia: Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya serta pesuruh-Nya. Sesungguhnya hari kiamat itu datang tanpa diragukan dan Allah akan membangkitkan sesiapa yang berada di dalam kubur, sesungguhnya malaikat Munkar dan Nakir keduanya akan mengambil tangan mereka dan berkata padanya: Apakah yang patut kita lakukan kepada orang yang telah memberikan hujahnya? Allah akan menjadi penghujah kepada kedua mereka (malaikat) selain dirinya (mayat tersebut).
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1719, hadis no. 8643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Jabir Bin Sa’id al-Azadi beliau berkata: Aku datang kepada Abi Umamah al-Bahili dan ketika itu beliau sedang nazak. Beliau berkata kepadaku: Wahai Abu Sa’id jika aku mati maka uruskanlah aku sepertimana Rasulullah SAW telah menyuruh kita untuk uruskan orang-orang yang mati. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila mati salah seorang daripada kamu maka kebumikanlah ia, lalu berdirilah salah seorang dari kamu di sisi kepalanya dan berkata: Wahai fulan atau fulanah! Kerana dia akan mendengar. Katakanlah lagi: Wahai Fulan atau Fulanah! Dan sesungguhnya dia akan duduk. Katakanlah: Wahai Fulan dan Fulanah! Maka dia akan berkata: Berilah aku petunjuk, berilah aku petunjuk semoga Allah merahmatimu. Lalu katakanlah: Sebutlah apa yang telah kau bawa keluar daripada dunia: Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya serta pesuruh-Nya. Sesungguhnya hari kiamat itu datang tanpa diragukan dan Allah akan membangkitkan sesiapa yang berada di dalam kubur, sesungguhnya malaikat Munkar dan Nakir keduanya akan mengambil tangan mereka dan berkata padanya: Apakah yang patut kita lakukan kepada orang yang telah diberikan hujahnya? Allah akan menjadi penghujahnya kepada kedua mereka (malaikat) selain dirinya sendiri (mayat tersebut). [Riwayat al-Khila'i di dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 599].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman