Apabila matahari tergelincir, Nabi SAW menunaikan solat sebanyak empat rakaat dan tidak melakukan duduk tahiyat awal

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استوى النهار خرج إلى بعض حيطان المدينة وقد يسر له فيها طهور فإن كانت له حاجة قضاها وإلا تطهر فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك قام فصلى أربع ركعات ولم يتشهد بينهن وسلم في آخر الأربع ثم يقوم فيأتي المسجد فقال ابن عباس: يا رسول الله ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس من صلاهن من أمتي فقد أحيا ليلته ساعة يفتح فيها أبواب السماء ويستجاب فيها الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba waktu tengah hari, Baginda keluar menuju tembok Madinah dan dipermudahkan baginya untuk bersuci. Sekiranya Baginda perlu membuang air, Baginda akan lakukan. Sekiranya tiada, Baginda akan bersuci sahaja. Apabila matahari tergelincir, Nabi SAW menunaikan solat sebanyak empat rakaat dan tidak melakukan duduk tahiyat awal dan memberi salam di akhir solat. Kemudian apabila telah selesai, Baginda bangun dan pergi ke masjid. Ibn ‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah, solat apa yang telah engkau tunaikan sedangkan kami belum lagi menunaikannya. Nabi SAW menjawab: Wahai Ibnu ‘Abbas, sesiapa yang menunaikan solat tersebut dari kalangan umatku, maka dia telah menghidupkan malamnya. Pada waktu tersebut pintu langit terbuka dan memperkenankan doa yang dipohon.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 908, hadis nombor 4643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استوى النهار خرج إلى بعض حيطان المدينة وقد يسر له فيها طهور فإن كانت له حاجة قضاها وإلا تطهر فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك قام فصلى أربع ركعات ولم يتشهد بينهن وسلم في آخر الأربع ثم يقوم فيأتي المسجد فقال ابن عباس: يا رسول الله ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس من صلاهن من أمتي فقد أحيا ليلته ساعة يفتح فيها أبواب السماء ويستجاب فيها الدعاء. [طب, الضعيفة (6727)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Apabila tiba waktu tengah hari, Baginda keluar menuju tembok Madinah dan dipermudahkan baginya untuk bersuci. Sekiranya Baginda SAW perlu membuang air, Baginda akan lakukan. Sekiranya tiada, Baginda SAW akan bersuci sahaja. Apabila matahari tergelincir, Baginda SAW menunaikan solat sebanyak empat rakaat dan tidak melakukan duduk tahiyat awal dan memberi salam di akhir solat. Kemudian apabila telah selesai, Baginda bangun dan pergi ke masjid. Ibn ‘Abbas bertanya: Wahai Rasulullah, solat apa yang telah engkau tunaikan sedangkan kami belum lagi menunaikannya. Baginda SAW menjawab: Wahai Ibnu ‘Abbas, sesiapa yang menunaikan solat tersebut dari kalangan umatku, maka dia telah menghidupkan malamnya. Pada waktu tersebut pintu langit terbuka dan memperkenankan doa yang dipohon. [Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Al-Dha’ifah no 6727]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs