Apabila matahari terbit dari tempat terbitnya seperti situasinya pada waktu Asar ketika ia terbenam pada tempat terbenam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا طلعت الشمس من مطلعها كهيئتها لصلاة العصر حين تغرب من مغربها، فصلى رجل ركعتين بأربع سجدات كتب له أجر ذلك اليوم» وحسبته قال: «وكفر عنه خطيئته وإثمه» ، وأحسبه قال: «فإن مات من يومه دخل الجنة».

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila matahari terbit dari tempat terbitnya seperti situasinya pada waktu Asar ketika ia terbenam pada tempat terbenam, lalu seseorang mendirikan solat dua rakaat dengan empat sujud, baginya ganjaran hari itu (aku rasa baginda berkata): dan dihapuskan terhadapnya kesalahan dan dosanya (dan aku rasa baginda juga berkata): Jika dia mati pada harinya, dia akan masuk syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 302, hadis nombor 1598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة –رضي الله عنه-، قَالَ: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا طلعت الشمس من مطلعها كهيئتها لصلاة العصر حين تغرب من مغربها، فصلى رجل ركعتين بأربع سجدات كتب له أجر ذلك اليوم» وحسبته قال: «وكفر عنه خطيئته وإثمه» ، وأحسبه قال: «فإن مات من يومه دخل الجنة». [طب، ((الضعيفة)) (5350)]

(Lemah) Daripada Abu Umamah RA, dia telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila matahari terbit dari tempat terbitnya seperti situasinya pada waktu Asar ketika ia terbenam pada tempat terbenam, lalu seseorang mendirikan solat dua rakaat dengan empat sujud, baginya ganjaran hari itu (aku rasa baginda berkata): Dan dihapuskan terhadapnya kesalahan dan dosanya (dan aku rasa baginda juga berkata): Jika dia mati pada harinya, dia akan masuk syurga.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5350.]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.