Apabila matahari menghadapnya, dia berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia berdiri lalu solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من قام إذا استقبلته الشمس؛ فتوضأ، فأحسن وضوءه، ثم قام فصلى ركعتين؛ غفر له خطاياه، وكان كما ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bangun apabila matahari menghadapnya, dia berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia berdiri lalu solat dua rakaat, diberikan keampunan kepadanya terhadap dosa-dosanya dan dia seumpama baru dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1214, hadis nombor 6183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عقبة بن عامر رضي الله عنه أنه خرج مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك، فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما يحدث أصحابه، فقال: من قام إذا استقبلته الشمس؛ فتوضأ، فأحسن وضوءه، ثم قام فصلى ركعتين؛ غفر له خطاياه، وكان كما ولدته أمه.
[ع، ((الضعيفة)) (5031)]

(Lemah)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA bahawa beliau pernah keluar bersama Rasulullah SAW ketika peperangan Tabuk, lalu suatu hari Rasulullah SAW duduk berbicara kepada para sahabat baginda, lalu bersabda: Sesiapa yang bangun apabila matahari menghadapnya, dia berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia berdiri lalu solat dua rakaat, diberikan keampunan kepadanya terhadap dosa-dosanya dan dia seumpama baru dilahirkan oleh ibunya.
[Riwayat Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5031]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs