Apabila masuk bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل رمضان أطلق كل أسير وأعطى كل سائل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila masuk bulan Ramadan, baginda membebaskan semua tawanan dan memberikan kepada semua yang meminta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 65, hadis nombor 364. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Sanad kedua jalan tersebut adalah satu. Hadith tersebut melalui riwayat Abu Bakr al-Huzali daripada al-Zuhri daripada ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah daripada ‘Aishah dan Ibn ‘Abbas sekaligus. Demikian hadith tersebut di sisi Ibn Sa’d. Demikian juga yang telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Tarikh. Ya, Ibn Hibban turut mengeluarkan dalam al-Dhu’afa’ melalui sanad ini dengan hanya menyebutkan Ibn ‘Abbas sahaja. Apapun, Abu Bakr al-Huzali kaki dusta dan hadith ini tidak disebutkan oleh selain beliau. Tidak diketahui bahawa Nabi SAW mempunyai penjara yang memenjarakan tawanan.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs