Apabila masuk bulan Ramadan, Baginda mengetatkan kainnya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل شهر رمضان شد مئزره ثم لم يأت فراشه حتى ينسلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila masuk bulan Ramadan, Baginda mengetatkan kainnya, Baginda tidak mendatangi tempat tidur sehingga bulan Ramadan berlalu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047-1048, hadis nombor 5355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: كان إذا دخل شهر رمضان شد مئزره ثم لم يأت فراشه حتى ينسلخ. [هب، الضعيفة (2346)]

[Lemah] Daripada ‘Aishah RA, isteri Nabi SAW, beliau menceritakan, Apabila masuk bulan Ramadan, Baginda mengetatkan pakaian bawahnya, Baginda tidak mendatangi tempat tidur sehingga bulan Ramadan berlalu. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.