Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ شَدَّ مِئْزَرَهُ، ثُمَّ لَمْ يَأْتِ فِرَاشَهُ حَتَّى يَنْسَلِخَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila masuk bulan Ramadan, Baginda mengetatkan kainnya, Baginda tidak mendatangi tempat tidur sehingga bulan Ramadan berlalu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047-1048, hadis no. 5355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: كان إذا دخل شهر رمضان شد مئزره ثم لم يأت فراشه حتى ينسلخ. [هب، الضعيفة (2346)]
[Lemah] Daripada ‘Aishah RA, isteri Nabi SAW, beliau menceritakan, Apabila masuk bulan Ramadan, Baginda mengetatkan pakaian bawahnya, Baginda tidak mendatangi tempat tidur sehingga bulan Ramadan berlalu. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2346]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman