Apabila masuk [awal tiga] malam dari bulan Ramadhan, Allah melihat kepada hamba-Nya puasa

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كان [أول _ 3] ليلة من شهر رمضان نظر الله إلى خلقه الصيام وإذا نظر الله إلى عبد لم يعذبه وفيه: فإذا كان ليلة النصف فإذا كان ليلة خمسة وعشرين _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila masuk [awal tiga] malam dari bulan Ramadhan, Allah melihat kepada hamba-Nya puasa. Dan apabila Allah melihat kepada hambanya, maka Dia tidak akan mengazabnya. Dan padanya: Apabila masuk malam separuh (yakni bulan Ramadhan). Apabila masuk malam ke-dua puluh lima… hingga akhir hadis.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 88, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


موضوع وفيه مجاهيل.
والمتهم بوضعه: عثمان بن عبد الله القرشي.

Hadith ini palsu dan pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali.
Uthman bin Abdillah al-Qurasyi adalah perawi yang dituduh sebagai pereka hadith.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs