Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Apabila malam nisfu Syaaban menjelang

Teks Bahasa Arab

إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَقُومُوا لَيْلَهَا، وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ يَنْزِلُ فِيْهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلَا مِن مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ؟ أَلَا مِن مُسْتَرْزِقٍ فَأَرْزُقَهُ؟ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ؟ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا؟ حَتَّى يَطْلُعَ الفَجْرُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila malam nisfu Syaaban menjelang, berjagalah pada malam harinya dan berpuasalah pada siang harinya. Kerana Allah SWT turun ke langit dunia pada malam itu bermula terbenamnya matahari, lalu Dia berfirman: Tiadakah yang mahu memohon keampunan, lalu Aku mengampunkannya? Tiadakah yang mahu meminta rezeki, lalu Aku memberinya rezeki? Tiadakah yang diuji dengan kesakitan, lalu Aku sembuhkan dia? Tiadakah yang sekian? Adakah yang sekian? Sehinggalah fajar menyinsing.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047, hadis no. 5352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع السند) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها وصوموا نهارها فإن الله ينزل فيها لغروب الشمس إلى سماء الدنيا فيقول: ألا من مستغفر لي فأغفر له؟ ألا مسترزق فأرزقه؟ ألا مبتلى فأعافيه؟ ألا كذا ألا كذا؟ حتى يطلع الفجر. [هـ، هب، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (2132)]

[Sanadnya palsu] Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila malam nisfu Syaaban menjelang, berjagalah pada malam harinya dan berpuasalah pada siang harinya. Kerana Allah SWT turun ke langit dunia pada malam itu bermula terbenamnya matahari, lalu Dia berfirman: Tiadakah yang mahu memohon keampunan, lalu Aku mengampunkannya? Tiadakah yang mahu meminta rezeki, lalu Aku memberinya rezeki? Tiadakah yang diuji dengan kesakitan, lalu Aku sembuhkan dia? Tiadakah yang sekian? Adakah yang sekian? Sehinggalah fajar menyinsing. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman, Ibn al-Jawzi dalam al-‘ilal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2132]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.