Apabila majlis menjadi padat dengan orang yang dijemput

TEKS BAHASA ARAB

إذا ضاق المجلس بأهله فبين كل سيدين مجلس عالم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila majlis menjadi padat dengan orang yang dijemput, maka di antara dua tuan adanya majlis orang alim.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَعَن مَالك قَالَ دخلت على الْمَأْمُون والمجلس غاص بأَهْله فَإِذا بَين الْخَلِيفَة والوزير فُرْجَة فَجَلَست بَينهمَا فَحَدَّثته مَرْفُوعا «إِذَا ضَاقَ الْمَجْلِسُ بِأَهْلِهِ فَبَيْنَ كل سيدين مجْلِس عَالم» هُوَ مُنكر وَمَالك لم يبْق إِلَى زمن الْمَأْمُون.

Daripada Malik, beliau berkata: Aku masuk menemui Al-Ma’mun dan majlis pada ketika itu penuh dengan orang yang dijemput. Di antara khalifah dan para menteri ada ruang kosong, maka aku duduk di antara mereka berdua. Lantas aku pun meriwayatkan hadis secara marfu’:
Maksudnya: “Apabila majlis menjadi padat dengan orang yang dijemput, maka di antara dua tuan adanya majlis orang alim.”
Ianya adalah Munkar. Ini kerana Malik tidak hidup lama sehingga ke zaman Al-Ma’mun.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs