Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا ضَاقَ الْمَجْلِسُ بِأَهْلِهِ فَبَيْنَ كل سيدين مجْلِس عَالم
Teks Bahasa Melayu
Apabila majlis menjadi padat dengan orang yang dijemput, maka di antara dua tuan adanya majlis orang alim.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَعَن مَالك قَالَ دخلت على الْمَأْمُون والمجلس غاص بأَهْله فَإِذا بَين الْخَلِيفَة والوزير فُرْجَة فَجَلَست بَينهمَا فَحَدَّثته مَرْفُوعا «إِذَا ضَاقَ الْمَجْلِسُ بِأَهْلِهِ فَبَيْنَ كل سيدين مجْلِس عَالم» هُوَ مُنكر وَمَالك لم يبْق إِلَى زمن الْمَأْمُون.
Daripada Malik, beliau berkata: Aku masuk menemui al-Ma’mun dan majlis pada ketika itu penuh dengan orang yang dijemput. Di antara khalifah dan para menteri ada ruang kosong, maka aku duduk di antara mereka berdua. Lantas aku pun meriwayatkan hadis secara marfu’: “Apabila majlis menjadi padat dengan orang yang dijemput, maka di antara dua tuan adanya majlis orang alim.” Ia adalah Munkar. Ini kerana Malik tidak hidup lama sehingga ke zaman al-Ma’mun.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman