Apabila lelaki mendatangi lelaki dan wanita mendatangi wanita maka Allah akan menurunkan hukuman disisi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila manusia menunggang kuda, dan mereka memakai Qubati (sejenis pakaian), pergi ke Syam, dan lelaki hanya mendatangi lelaki, dan wanita hanya mendatangi wanita maka Allah akan menurunkan hukuman disisi-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1636, hadis nombor 8274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – أنه سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6076)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: ((Apabila manusia menunggang kuda, dan mereka memakai Qubati (sejenis pakaian), pergi ke Syam, dan lelaki hanya mendatangi lelaki, dan wanita hanya mendatangi wanita maka Allah akan menurunkan hukuman disisi-Nya.))
[Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6076].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs