Batil

30/06/2024

minit bacaan



Apabila khatib naik berada di atas mimbar, maka tiada lagi solat dan tiada lagi percakapan

Teks Bahasa Arab

إذا صعد الخطيبُ المنبرَ، فلا صلاةَ ولا كلامَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila khatib (pembaca khutbah) naik berada di atas mimbar, maka tiada lagi solat dan tiada lagi percakapan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis no. 1804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) «إذا صعد الخطيب المنبر؛ فلا صلاة، ولا كلام». [«الضعيفة» (87)]

(Batil) Apabila khatib (pembaca khutbah) naik berada di atas mimbar, maka tiada lagi solat dan tiada lagi percakapan. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 87]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.