Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا جاء الموتُ لطالبِ العلمِ، وهو على هذه الحالِ؛ مات وهو شهيدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kematian datang kepada penuntut ilmu dan dia dalam keadaan sedang menuntut ilmu, lalu dia mati maka dia merupakan seorang syahid.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
- Abu Zar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1727, hadis no. 8688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة وأبي ذر -رضي الله عنهما- قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا جاء الموت لطالب العلم، وهو على هذه الحال، مات وهو شهيد.)) [البزار، خط، ((الضعيفة)) (2126)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA dan Abu Zar RA , mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila kematian datang kepada penuntut ilmu dan dia dalam keadaan sedang menuntut ilmu, lalu dia mati maka dia merupakan seorang syahid.)) [Riwayat al-Bazzar dan al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2126].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman