TEKS BAHASA ARAB
إذا أطاق الغلام صوم ثلاثة أيام وجب عليه صوم رمضان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kanak-kanak sudah mampu berpuasa selama tiga hari, maka wajib baginya puasa Ramadan.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1158, hadis nombor 5856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي لبيبة الأشهلي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:إذا أَطاقَ الغلامُ صومَ ثلاثةِ أيامٍ وَجَبَ عليه صومُ رمضانَ. [ت، ابن السني، الضعيفة (6354)]
(Munkar) Daripada Ibn Labibah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kanak-kanak sudah mampu berpuasa selama tiga hari, maka wajib baginya puasa Ramadan. [Riwayat Sunan al-Tirmiẓī, Ibn Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6354]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.