Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أَطاقَ الغلامُ صومَ ثلاثةِ أيامٍ وَجَبَ عليه صومُ رمضانَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kanak-kanak sudah mampu berpuasa selama tiga hari, maka wajib baginya puasa Ramadan.
Sahabat Perawi
- Ibn Labibah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1158, hadis no. 5856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي لبيبة الأشهلي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:إذا أَطاقَ الغلامُ صومَ ثلاثةِ أيامٍ وَجَبَ عليه صومُ رمضانَ. [ت، ابن السني، الضعيفة (6354)]
(Munkar) Daripada Ibn Labibah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kanak-kanak sudah mampu berpuasa selama tiga hari, maka wajib baginya puasa Ramadan. [Riwayat Sunan al-Tirmiẓī, Ibn Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6354]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman