Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا وقعتَ في وَرْطَةٍ فَقُلْ: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ العَلِيِّ العظيمِ؛ فإنَّ اللهَ يَصرِفُ بِها ما شاءَ مِن أنواعِ البَلاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu terperangkap dalam kesusahan, maka ucapkanlah: "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung", kerana sesungguhnya dengan ucapan tersebut Allah akan memalingkan pelbagai jenis bala daripadanya mengikut apa yang Dia kehendaki.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1438, hadis no. 7313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: يا علي! ألا أعلمك كلمات إذا وقعت في ورطة قلتها؟ قلت: بلى جعلني الله فداك، كم من خير قد علمتنيه! قال: إذا وقعت في ورطة فقل: بسم الله الرحمن الرحيم، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم؛ فإن الله يصرف بها ما شاء من أنواع البلاء. [ابن السني، الرافعي، ((الضعيفة)) (2721)].
(Palsu) Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai ‘Alī! Tidak mahukah aku ajarkan kepadamu beberapa ucapan yang boleh kamu ucapkan apabila terperangkap dalam kesusahan? Aku menjawab: Mahu, semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Sudah berapa banyak kebaikan yang telah engkau ajarkan kepadaku! Baginda bersabda: Apabila kamu terperangkap dalam kesusahan, maka ucapkanlah: "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung", kerana sesungguhnya dengan ucapan tersebut Allah akan memalingkan pelbagai jenis bala daripadanya mengikut apa yang Dia kehendaki. [Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah, al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2721].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman