Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat subuh

TEKS BAHASA ARAB

إذا صليت الصبح فقل قبل أن تكلم أحدا: اللهم أجرني من النار سبع مرات، فإنك إن مت من يومك، كتب الله لك جوارا من النار، وإذا صليت المغرب فقل مثل ذلك، فإنك إن مت من ليلتك، كتب الله لك جوارا من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat subuh, sebelum kamu bercakap dengan seseorang, hendaklah kamu membaca: Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka; sebanyak tujuh kali. Kerana sesungguhnya jika kamu mati pada hari tersebut, Allah akan menetapkan untuk kamu penghalang-penghalang dari api neraka. Dan apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maghrib, bacalah dengan doa yang sama. Sekiranya kamu mati pada malam tersebut, Allah akan menetapkan untuk kamu penghalang-penghalang dari api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 248, hadis nombor 1288. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحارث بن مسلم بن الحارث التميمي أن أباه – رضي الله عنه – حدثه، قال: قال رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا صليت الصبح، فقل قبل أن تكلم أحدا: اللهم أجرني من النار سبع مرات، فإنك إن مت من يومك، كتب الله لك جوارا من النار، وإذا صليت المغرب فقل مثل ذلك، فإنك إن مت من ليلتك، كتب الله لك جوارا من النار)). [ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة))، (1624)]

(Lemah)
Daripada al-Harith bin Muslim bin al-Harith al-Tamimi bahawa bapanya RA menceritakan kepadanya, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat subuh, sebelum kamu bercakap dengan seseorang, hendaklah kamu membaca: Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka; sebanyak tujuh kali. Kerana sesungguhnya jika kamu mati pada hari tersebut, Allah akan menetapkan untuk kamu penghalang-penghalang dari api neraka. Dan apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maghrib, bacalah dengan doa yang sama. Sekiranya kamu mati pada malam tersebut, Allah akan menetapkan untuk kamu penghalang-penghalang dari api neraka.
[Riwayat Ibn Hajar dalam Nata’ij al-Afkar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1624]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs