Apabila kamu solat di belakang imam, maka perelokkanlah kesucian kamu

TEKS BAHASA ARAB

إذا صليتم خلف أئمتكم، فأحسنوا طهوركم، فإنما يرتج على القارئ قراءته بسوء طهر المصلي خلفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu solat di belakang imam, maka perelokkanlah kesucian kamu, kerana pembaca (imam) terganggu bacaannya kerana orang yang solat di belakangnya buruk cara bersucinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201 – 1202, hadis nombor 6102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن حذيفة رضي الله عنه قال: صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم صلاة الصبح بسورة الروم فارتج عليه، فلما قضى صلاته قال: إذا صليتم خلف أئمتكم، فأحسنوا طهوركم، فإنما يرتج على القارئ قراءته بسوء طهر المصلي خلفه.
[فر، ((الضعيفة)) (2629)]

(Palsu)
Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW solat dengan menjadi imam kepada kami untuk solat Subuh dengan membaca surah al-Rum, baginda seperti terganggu, apabila selesai solat, baginda bersabda: Apabila kamu solat di belakang imam, maka perelokkanlah kesucian kamu, kerana pembaca (imam) terganggu bacaannya kerana orang yang solat di belakangnya buruk cara bersucinya.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2629]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.