Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صلَّيتُم خلفَ أئمَّتِكم، فأحسِنوا طُهورَكم، فإنَّما يرتجُّ علَى القارئِ قراءتُه بِسوءِ طُهرِ المصلِّي خلفَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu solat di belakang imam, maka perelokkanlah kesucian kamu, kerana pembaca (imam) terganggu bacaannya kerana orang yang solat di belakangnya buruk cara bersucinya.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201 - 1202, hadis no. 6102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن حذيفة رضي الله عنه قال: صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم صلاة الصبح بسورة الروم فارتج عليه، فلما قضى صلاته قال: إذا صليتم خلف أئمتكم، فأحسنوا طهوركم، فإنما يرتج على القارئ قراءته بسوء طهر المصلي خلفه. [فر، ((الضعيفة)) (2629)]
(Palsu) Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW solat dengan menjadi imam kepada kami untuk solat Subuh dengan membaca surah al-Rum, baginda seperti terganggu, apabila selesai solat, baginda bersabda: Apabila kamu solat di belakang imam, maka perelokkanlah kesucian kamu, kerana pembaca (imam) terganggu bacaannya kerana orang yang solat di belakangnya buruk cara bersucinya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2629]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman