Dusta
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صَلَّيْتُم خَلْفَ أئِمَّتِكُم، فأَحْسِنوا طُهُورَكُم، فإنما تَرْتَجُّ على القارِئِ قِراءتَهُ لِسُوءِ طُهْرِ المُصَلِّي.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu solat di belakang imam kamu, maka perelokkanlah kesucian kamu kerana bergegarnya bacaan qari adalah disebabkan buruknya kesucian orang yang solat.
Sahabat Perawi
- Huzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Dusta
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1196, hadis no. 6071. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب) عن حذيفة رضي الله عنه قال: صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم صلاة الصبح فقرأ بنا فيها بسورة الروم فارتج عليه قراءته ارتجاجا شديدا، فلما قضى صلاته، أقبل بوجهه الكريم على الله عز وجل ثم علينا، فقال: معاشر الناس إذا صليتم خلف أئمتكم، فأحسنوا طهوركم، فإنما ترتج على القارىء قراءته لسوء طهر المصلي. [السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (1625)]
(Dusta) Daripada Huzaifah RA, katanya: Rasulullah SAW solat dengan menjadi imam kepada kami pada suatu hari bagi solat Subuh, lalu baginda membaca dalam solat itu surah al-Rum, lalu bacaan baginda bergegar dengan sangat kuat. Setelah selesai solat, baginda memalingkan wajah baginda yang mulia kepada Allah 'azza wajalla kemudian kepada kami, Baginda pun bersabda: Wahai sekalian manusia! Apabila kamu solat di belakang imam kamu, maka perelokkanlah kesucian kamu kerana bergegarnya bacaan qari adalah disebabkan buruknya kesucian orang yang solat. [Riwayat al-Silafiy dalam al-Tuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1625]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman