Apabila kamu solat bersama imam, maka bacalah Ummu al-Quran (Surah al-Fatihah)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كنت مع الإمام فاقرأ بأم القرآن قبله إذا سكت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu solat bersama imam, maka bacalah Ummu al-Quran (Surah al-Fatihah) sebelum daripada imam apabila dia diam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis nombor 1841. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا كنت مع الإمام فاقرأ بأم القرآن قبله إذا سكت)).
[البيهقي في ((جزء القراءة))، ((الضعيفة)) (992)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW bersabda: Apabila kamu solat bersama imam, maka bacalah Ummu al-Quran (Surah al-Fatihah) sebelum daripada imam apabila dia diam.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Kitab Juzu’ al-Qirā‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 992]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.