Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كنتَ تصلِّي، فدعاكَ أبواكَ؛ فأجب أمَّكَ ولا تُجِبْ أباكَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu sedang solat, kemudian ibu bapamu memanggil kamu, maka sahutlah panggilan ibu kamu dan jangan kamu menyahut bapa kamu.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 107, hadis no. 550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إذا كنتَ تُصَلِّي، فَدَعَاكَ أَبَوَاكَ؛ فَأَجِبْ أُمَّكَ ولا تُجِبْ أباك. [فر، ((الضعيفة)) (5744)]
(Palsu) Daripada Jābir RA, beliau telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila kamu sedang solat, kemudian ibu bapamu memanggil kamu, maka sahutlah panggilan ibu kamu dan jangan kamu menyahut bapa kamu. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5744]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman