Munkar Mauquf

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kamu rukuk, sekiranya kamu mahu kamu boleh sebutkan (lakukan) begini

Teks Bahasa Arab

إذا ركعْتَ؛ فإن شئتَ قلتَ هكذ: وضعْتَ يدَيكَ على ركبتَيكَ، وإن شئتَ قلتَ هكذا، يعني: طبَّقتَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kamu rukuk, sekiranya kamu mahu kamu boleh sebutkan (lakukan) begini: Kamu letakkan kedua tangan kamu di atas lutut kamu. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh sebutkan (buatkan) begini: lakukan tatbiq (Lekapkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah kangkang)

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Mauquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 288, hadis no. 1508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر موقوف) عن علي - رضي الله عنه – موقوفا: «إذا ركعت؛ فإن شئت قلت هكذا: وضعت يديك على ركبتيك، وإن شئت قلت هكذا، يعني:طبقت». [ش، «الضعيفة» (4138)].

(Munkar Mauquf) Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu rukuk, sekiranya kamu mahu kamu boleh sebutkan (lakukan) begini: Kamu letakkan kedua tangan kamu di atas lutut kamu. Dan sekiranya kamu mahu kamu boleh sebutkan (buatkan) begini: lakukan tatbiq (Lekapkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah kangkang) [Riwayat Musanaf Ibn Abi Syaibah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4138]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.