Apabila kamu rukuk; kamu boleh meletakkan kedua tangan kamu atas kedua lutut kamu

TEKS BAHASA ARAB

إذا ركعت؛ فإن شئت قلت هكذا: وضعت يديك على ركبتيك، وإن شئت قلت هكذا، يعني: طبقت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu rukuk; jika kamu mahu kamu boleh lakukan begini: kamu meletakkan kedua tangan kamu atas kedua lutut kamu. Dan jika kamu mahu kamu juga boleh buat begini: lakukan tatbiq (Lekapkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah kangkang).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1273, hadis nombor 6519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر موقوف)
عن علي رضي الله عنه موقوفاً: إذا ركعت؛ فإن شئت قلت هكذا: وضعت يديك على ركبتيك، وإن شئت قلت هكذا، يعني: طبقت.
[ش، ((الضعيفة)) (4138)]

(Munkar Mawquf)
Daripada ‘Ali RA secara mawquf: Apabila kamu rukuk; jika kamu mahu kamu boleh lakukan begini: kamu meletakkan kedua tangan kamu atas kedua lutut kamu. Dan jika kamu mahu kamu juga boleh buat begini: lakukan tatbiq (Lekapkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah kangkang).
[Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4138]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs