Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ركعْتَ؛ فإن شئتَ قلتَ هكذا: وضعْتَ يدَيكَ على ركبتَيكَ، وإن شئتَ قلتَ هكذا، يعني: طبَّقتَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu rukuk; jika kamu mahu kamu boleh lakukan begini: kamu meletakkan kedua tangan kamu atas kedua lutut kamu. Dan jika kamu mahu kamu juga boleh buat begini: lakukan tatbiq (Lekapkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah kangkang).
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1273, hadis no. 6519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر موقوف) عن علي رضي الله عنه موقوفاً: إذا ركعت؛ فإن شئت قلت هكذا: وضعت يديك على ركبتيك، وإن شئت قلت هكذا، يعني: طبقت. [ش، ((الضعيفة)) (4138)]
(Munkar Mawquf) Daripada 'Ali RA secara mawquf: Apabila kamu rukuk; jika kamu mahu kamu boleh lakukan begini: kamu meletakkan kedua tangan kamu atas kedua lutut kamu. Dan jika kamu mahu kamu juga boleh buat begini: lakukan tatbiq (Lekapkan kedua tapak tangan dan letakkan di celah kangkang). [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4138]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman