Apabila kamu minum, minumlah dengan cara menyedutnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا شربتم فاشربوا مصا، وإذا استكتم فاستاكوا عرضا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu minum, minumlah dengan cara menyedutnya. Dan apabila kamu bersugi, maka bersugilah secara melintang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis nombor 865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عطاء بن أبي رباح، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم: إذا شربتم فاشربوا مصا، وإذا استكتم فاستاكوا عرضا.
[هق، ((الضعيفة)) (940)]

(Lemah)
Daripada ‘Ata bin Abu Rabah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila kamu minum, minumlah dengan cara menyedutnya. Dan apabila kamu bersugi, maka bersugilah secara melintang.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 940]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs