Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا شَرِبْتُم فاشرَبوا مَصًّا، وإذا استَكْتُمْ فاستاكوا عَرْضًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu minum, minumlah dengan cara menyedutnya. Dan apabila kamu bersugi, maka bersugilah secara melintang.
Sahabat Perawi
- ‘Ata bin Abu Rabah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis no. 865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عطاء بن أبي رباح، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم: إذا شربتم فاشربوا مصا، وإذا استكتم فاستاكوا عرضا. [هق، ((الضعيفة)) (940)]
(Daif) Daripada ‘Ata bin Abu Rabah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila kamu minum, minumlah dengan cara menyedutnya. Dan apabila kamu bersugi, maka bersugilah secara melintang. [Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 940]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman