Apabila kamu menulis sesuatu kitab maka jangan ditulis padanya perkataan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كتب أحدكم [كتابا] فلا يكتب عليه: بلغ، فإنه اسم شيطان، ولكن يكتب عليه: الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila kamu menulis sesuatu kitab maka jangan ditulis padanya perkataan ‘Balagh’ kerana ia adalah nama Syaitan. Tetapi tulislah padanya perkataan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 38, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: موضوع.

Ali Qari berkata: Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs