Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: إِذا كتب أحدكُم [كتابا] فَلَا يكْتب عَلَيْهِ: بلغ، فَإِنَّهُ اسْم شَيْطَان، وَلَكِن يكْتب عَلَيْهِ: الله.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Apabila kamu menulis sesuatu kitab maka jangan ditulis padanya perkataan ‘Balagh’ kerana ia adalah nama Syaitan. Tetapi tulislah padanya perkataan Allah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 38, hadis no. 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال علي قاري: موضوع.
Ali Qari berkata: Palsu.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman