Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كتبتَ فضع قلمَك على أُذُنِك، فإنَّه أَذْكرُ لك.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu menulis, maka letakkanlah penamu atas telinga kamu kerana ia boleh mengingatkan kamu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1233, hadis no. 6282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إذا كتبت فضع قلمك على أذنك، فإنه أذكر لك. [فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (862)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu menulis, maka letakkanlah penamu atas telinga kamu kerana ia boleh mengingatkan kamu. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 862].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman