Apabila kamu menulis hadith maka tulislah ia bersama sanadnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كتبتم الحديث فاكتبوه بإسناده، فإن يك حقا كنتم شريكا في الأجر، وإن يك باطلا كان وزره عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu menulis hadith maka tulislah ia bersama sanadnya kerana jika ia benar maka kamu berkongsi dalam mendapatkan pahala dan jika ia batil maka dosanya ditanggung olehnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1233, hadis nombor 6283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسينرضي الله عنه مرفوعا: إذا كتبتم الحديث فاكتبوه بإسناده، فإن يك حقا كنتم شريكا في الأجر، وإن يك باطلا كان وزره عليه.
[عثمان بن محمد المحمي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (822)].

(Palsu)
Daripada al-Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu menulis hadith maka tulislah ia bersama sanadnya kerana jika ia benar maka kamu berkongsi dalam mendapatkan pahala dan jika ia batil maka dosanya ditanggung olehnya.
[Riwayat 'Uthman bin Muhammad al-Mahmi dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 822].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs