Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كتبتُمُ الحديثَ فاكتُبوهُ بإسنادِهِ، فإن يَكُ حقًّا كنتُمْ شَريكًا في الأجرِ، وإن يَكُ باطلًا كان وِزرُه عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu menulis hadith maka tulislah ia bersama sanadnya kerana jika ia benar maka kamu berkongsi dalam mendapatkan pahala dan jika ia batil maka dosanya ditanggung olehnya.
Sahabat Perawi
- al-Husain Bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1233, hadis no. 6283. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسينرضي الله عنه مرفوعا: إذا كتبتم الحديث فاكتبوه بإسناده، فإن يك حقا كنتم شريكا في الأجر، وإن يك باطلا كان وزره عليه. [عثمان بن محمد المحمي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (822)].
(Palsu) Daripada al-Husain RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu menulis hadith maka tulislah ia bersama sanadnya kerana jika ia benar maka kamu berkongsi dalam mendapatkan pahala dan jika ia batil maka dosanya ditanggung olehnya. [Riwayat 'Uthman bin Muhammad al-Mahmi dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 822].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman