Munkar dengan tambahan lafaz ‘merahmati’
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فِى الصَّلَاةِ؛ فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَارْحَمْ مُحَمَّدًا وَآلَ مُحَمَّدٍ؛ كَمَا صَلَّيْتَ وَبَارَكْتَ وَتَرَحَّمْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ؛ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kamu membaca tasyahhud di dalam solat, maka bacalah: Ya Allah! Selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati dan merahmati Ibrahim serta keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau yang Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan tambahan lafaz ‘merahmati’
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1571, hadis no. 7952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: (الترحم)) عن ابن مسعود-رضي الله عنه-،قال، قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا تشهد أحدكم فى الصلاة؛ فليقل: اللهم صل على محمد، وعلى آل محمد، وبارك على محمد، وعلى آل محمد، وارحم محمدا وآل محمد؛ كما صليت وباركت وترحمت على إبراهيم، وعلى آل إبراهيم؛ إنك حميد مجيد)). [ ك، هق، ((الضعيفة)) (6981)].
(Munkar dengan tambahan lafaz "merahmati") Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila salah seorang daripada kamu membaca tasyahhud di dalam solat, maka bacalah: Ya Allah! Selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati dan merahmati Ibrahim serta keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau yang Maha Terpuji lagi Maha Agung.)) [Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Daifah, no.6981].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman