Apabila kamu menginginkan sesuatu perkara, hendaklah kamu bertenang

TEKS BAHASA ARAB

دخلت مع أبي على النبي – صلى الله عليه وسلم – فانتجاه دوني، فقلت: يا أبة! أي شيء قال لك رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قال: إذا هممت بأمر؛ فعليك بالتؤدة حتى يأتيك الله بالمخرج من أمرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bersama bapaku bertemu dengan Nabi SAW. Lalu kedua-duanya berbisik tanpa (melibatkan) aku. Lalu aku telah berkata: “Wahai ayah, perkara apakah yang Rasulullah SAW telah sabdakan kepada kamu? Baginda SAW telah bersabda: “Apabila kamu menginginkan sesuatu perkara, hendaklah kamu bertenang sehingga Allah SWT memberikan kepada kamu jalan keluar daripada urusan kamu’’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis nombor 487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن رجل من بلى، قال: دخلت مع أبي على النبي – صلى الله عليه وسلم – فانتجاه دوني، فقلت: يا أبة! أي شيء قال لك رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قال: إذا هممت بأمر؛ فعليك بالتؤدة حتى يأتيك الله بالمخرج من أمرك.
[ابن أبي شيبة في ((مسنده))، (الضعيفة)) (5016)]

(Lemah)
Daripada seorang lelaki dari Bala telah berkata: “Aku bersama bapaku bertemu dengan Nabi SAW. Lalu kedua-duanya berbisik tanpa (melibatkan) aku. Lalu aku telah berkata: “Wahai ayah, perkara apakah yang Rasulullah SAW telah sabdakan kepada kamu? Baginda SAW telah bersabda: “Apabila kamu menginginkan sesuatu perkara, hendaklah kamu bertenang sehingga Allah SWT memberikan kepada kamu jalan keluar daripada urusan kamu’’.
[Diriwayatkan oleh Ibn Abū Shaybah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5016]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs