Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دخلت مع أبي على النبي - صلى الله عليه وسلم - فانتجاه دوني، فقلت: يا أبةِ! أي شيء قال لك رسول الله - صلى الله عليه وسلم -؟ قال: إِذَا هَممْتَ بِأَمْرٍ؛ فَعَلَيْكَ بِالتُّؤَدَةِ حَتَّى يَأْتِيَكَ اللهُ بالمخرج من أَمْرِك.
Teks Bahasa Melayu
Aku bersama bapaku bertemu dengan Nabi SAW. Lalu kedua-duanya berbisik tanpa (melibatkan) aku. Lalu aku telah berkata: “Wahai ayah, perkara apakah yang Rasulullah SAW telah sabdakan kepada kamu? Baginda SAW telah bersabda: “Apabila kamu menginginkan sesuatu perkara, hendaklah kamu bertenang sehingga Allah SWT memberikan kepada kamu jalan keluar daripada urusan kamu’’.
Sahabat Perawi
- Seorang lelaki dari Bala
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis no. 487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من بلى، قال: دخلت مع أبي على النبي - صلى الله عليه وسلم - فانتجاه دوني، فقلت: يا أبة! أي شيء قال لك رسول الله - صلى الله عليه وسلم -؟ قال: إذا هممت بأمر؛ فعليك بالتؤدة حتى يأتيك الله بالمخرج من أمرك. [ابن أبي شيبة في ((مسنده))، (الضعيفة)) (5016)]
(Daif) Daripada seorang lelaki dari Bala telah berkata: “Aku bersama bapaku bertemu dengan Nabi SAW. Lalu kedua-duanya berbisik tanpa (melibatkan) aku. Lalu aku telah berkata: “Wahai ayah, perkara apakah yang Rasulullah SAW telah sabdakan kepada kamu? Baginda SAW telah bersabda: “Apabila kamu menginginkan sesuatu perkara, hendaklah kamu bertenang sehingga Allah SWT memberikan kepada kamu jalan keluar daripada urusan kamu’’. [Riwayat Ibn Abū Shaybah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5016]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman