Apabila kamu mengerjakan solat

TEKS BAHASA ARAB

إذا صليتم فارفعوا سبلكم، فكل شيء أصاب الأرض من سبلكم ففي النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mengerjakan solat, hendaklah kamu mengangkat pakaian labuh kamu. Kerana sesungguhnya setiap pakaian yang labuh dan terkena bahagian tanah itu berada di dalam neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 248, hadis nombor 1290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنها – مرفوعا: ((إذا صليتم فارفعوا سبلكم، فكل شيء أصاب الأرض من سبلكم ففي النار)). [تخ، عق، حب، ((الضعيفة)) (1626)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu mengerjakan solat, hendaklah kamu mengangkat pakaian labuh kamu. Kerana sesungguhnya setiap pakaian yang labuh dan terkena bahagian tanah itu berada di dalam neraka.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Ibn Hibban dalam Sahih beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1626]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs