Apabila kamu mengangkat kepala kamu dari sujud, maka janganlah kamu duduk secara iq‘a’ sebagaimana duduknya anjing

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا رفعت رأسك من السجود فلا تقع كما يقعي الكلب، ضع إليتيك بين قدميك، وألزق ظاهر قدميك بالأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mengangkat kepala kamu dari sujud, maka janganlah kamu duduk secara iq‘a’ sebagaimana duduknya anjing. Letakkanlah punggung kamu di antara dua kaki kamu, dan jadikan bahagian permukaan kaki kamu itu kena ke bahagian tanah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis nombor 1344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال لي رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا رفعت رأسك من السجود فلا تقع كما يقعي الكلب، ضع أليتيك بين قدميك، وألزق ظاهر قدميك بالأرض)). [ه، ((الضعيفة)) (2615)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW berkata kepadaku: Apabila kamu mengangkat kepala kamu dari sujud, maka janganlah kamu duduk secara iq‘a’ sebagaimana duduknya anjing. Letakkanlah punggung kamu di antara dua kaki kamu, dan jadikan bahagian permukaan kaki kamu itu kena ke bahagian tanah.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2615]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.