Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ مِنَ السُّجُودِ فَلاَ تُقْعِ كَمَا يُقْعِي الْكَلْبُ، ضَعْ أَلْيَتَيْكَ بَيْنَ قَدَمَيْكَ وَأَلْزِقْ ظَاهِرَ قَدَمَيْكَ بِالأَرْضِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu mengangkat kepala kamu dari sujud, maka janganlah kamu duduk secara iq‘a’ sebagaimana duduknya anjing. Letakkanlah punggung kamu di antara dua kaki kamu, dan jadikan bahagian permukaan kaki kamu itu kena ke bahagian tanah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis no. 1344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW berkata kepadaku: Apabila kamu mengangkat kepala kamu dari sujud, maka janganlah kamu duduk secara iq‘a’ sebagaimana duduknya anjing. Letakkanlah punggung kamu di antara dua kaki kamu, dan jadikan bahagian permukaan kaki kamu itu kena ke bahagian tanah. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2615]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman