Apabila kamu mendengar seruan (azan) maka jawablah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا؛ فلا تضيق على أخيك، واقرأ بما تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mendengar seruan (azan) maka jawablah, dan hendaklah kamu tenang. Maka, sekiranya kamu mendapat ruang (untuk solat, maka masuklah), jika tidak maka janganlah kamu menjadikannya sempit bagi saudaramu. Bacalah dengan nada yang boleh didengari oleh kedua telingamu dan janganlah kamu mengganggu orang berhampiranmu serta tunaikanlah solat seperti solat orang yang akan berpisah (meninggal dunia).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis nombor 7301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا؛ فلا تضيق على أخيك، واقرأ بما تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع.
[ابن الأعرابي، ابن دوست العلاف في ((الأمالي))، الضياء، فر، ((الضعيفة)) (2569)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu mendengar seruan (azan) maka jawablah, dan hendaklah kamu tenang. Maka, sekiranya kamu mendapat ruang (untuk solat, maka masuklah), jika tidak maka janganlah kamu menjadikannya sempit bagi saudaramu. Bacalah dengan nada yang boleh didengari oleh kedua telingamu dan janganlah kamu mengganggu orang berhampiranmu serta tunaikanlah solat seperti solat orang yang akan berpisah (meninggal dunia).
[Riwayat Ibn al-A‘rābī dalam al-Mu’jam, Ibn Dūst al-‘Allāf dalam al-Amālī, al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2569]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.